Monday, February 2, 2009

Pakej Permohonan Pembantu Rumah Indonesia

Pakej Khidmat PRT Indonesia

PAKEJ HARGA KHIDMAT RUNDING KAMI 2012 :-

Salam, untuk makluman semua pelanggan yang dihormati dan dirahmati.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi mengunjungi Laman Sesawang kami. Untuk makluman tuan/puan kami sebagai Konsultan Perunding menguruskan PERMOHONAN INDIVIDU.

Permohonan Individu bermaksud majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen dan pejabat FOMEMA semasa proses permohonan Pembantu Rumah. Pihak Konsultan hanya akan membantu memberikan khidmat nasihat tatacara dan etika cara berurusan dengan Pihak Imigresen agar proses permohonan berjalan dengan lancar.
Pakej yang ditawarkan adalah TIDAK TERMASUK dengan Bayaran Levi(RM430/-)dan Fomema(RM190/-). Bagi yang memohon guna kaedah Visa Pelancong Bayaran Kos JP Visa sebanyak RM530/- adalah ditanggung oleh majikan. Pembantu Rumah yang diuruskan kami mendapat jaminan terus iaitu selama 3 bulan dari pihak Agen Indonesia/ PT Indonesia.

Bagi kes Pembantu Rumah Lari, Kos hangus seperti Tiket Pesawat/Flight, Bayaran Levi, Fomema, Denda dan Stem Hasil adalah dibawah tanggungjawab majikan. Konsultan kami hanya akan menggantikan dokumen biodata. Bagi mendapatkan jaminan dari Pihak Kami, Majikan dikehendaki membaca dan memahami Perjanjian Urusan Khidmat Runding kami. Sila baca “Sales Agreement” spt pd laman sesawang http://muslimahmaid.com.

Bagi permohonan pertukaran pembantu rumah atas pilihan majikan sendiri dalam tempoh jaminan, Kos hangus adalah ditanggung oleh majikan dan caj pertukaran sebanyak RM3500 dikenakan kepada majikan.Kos hangus adalah meliputi Kos Tiket Flight, Kos Levi, Fomema & Stem Hasil.

Bagi kes penghantaran pulang Pembantu Rumah balik ke negara asal atas sebab GAGAL FOMEMA atau UNDUR DIRI, majikan hendaklah menggunakan wang gaji Pembantu Rumah utk pembelian tiket kapalterbang atau feri. Cth jika Pembantu telah bekerja selama 30 hari, gaji adalah minima RM550 (Rujuk Pakej Gaji) Wang gaji Pembantu hendaklah digunakan untuk pembelian tiket kapalterbang atau tiket Feri. Baki daripada gaji tersebut boleh diserahkan kepada Agen untuk tujuan proses Pembantu Rumah Baru. Untuk Pakej Baru, majikan boleh mendapat pakej spt pakej awal dengan syarat Pembantu Rumah diuruskan penghantaran balik dengan menggunakan gaji Pembantu itu sendiri. Kadar Harian Gaji Pembantu Rumah adalah RM25/- sehari.

Bagi bayaran gaji harian Pembantu Rumah Sementara, Gaji adalah RM25/- utk sehari, Cth jika bekerja selama 10 hari Kos yang perlu dibayar oleh majikan kepada Agen adalah sebanyak RM250/-. Admin Fee yang perlu dibayar adalah sebanyak RM1500.

Sila rujuk kepada terma perjanjian Permohonan Pembantu Rumah kami :-

http://termaperjanjian.blogspot.com dan “Sales Agreement”

Segala peraturan menggunakan khidmat Pembantu Rumah adalah tertakluk kepada Peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Diantaranya adalah :-
a. Pembantu Rumah hendaklah diberi waktu rehat/tidur yang mencukupi selama 8 jam sehari.
b. Gaji adalah tertakluk kepada gaji pasaran semasa. Mulai tahun 2011 gaji minima PRA adalah sebanyak RM550/-. Sekiranya majikan mempunyai anak 4 org dan ke atas, Pembantu Rumah Indonesia hendaklah diberikan gaji minima RM600/- sebulan.
c. Kebajikan dan keperluan Pembantu hendaklah dijaga dengan baik.
d. Gaji yang dibayar hendaklah direkodkan dan diberi satu salinan kepada Pembantu Rumah.
e. Bagi Pembantu yang lari, majikan dikehendaki membuat laporan Polis bagi tujuan membatalkan Pas Lawatan Kerja Sementara. Paspot , Laporan Asal Polis Buku Akaun Bank atau Resit Bayaran Gaji hendaklah diserahkan kepada Konsultan Perunding sebagai bukti bagi tujuan gantian baru (Selagi dalam tempoh jaminan 3 bulan)
f. Peraturan Terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Malaysia.

Gaji Minima Pembantu Rumah Tangga Indonesia : RM600 sebulan

Potongan Gaji Pembantu Rumah : * 3 bulan

* Tertakluk kpd Agen@PT Indonesia

TEMPOH JAMINAN
* Tempoh jaminan 3 bulan dikira bermula hari pertama berkhidmat dengan majikan. Kadar bayaran khidmat PRT adalah bersamaan RM25 bagi satu hari. Jika 10 hari bekerja maka bayaran sebanyak RM250 perlu dibayar kepada pembantu tersebut melalui agen. Bagi majikan yg berminat utk terus mengambil PRT bayaran khidmat bagi tempoh 10 hari adalah dikecualikan dan tempoh tersebut akan ditolak dari 3 bulan bermula khidmat.

* Jaminan bagi gantian Pembantu Rumah adalah 2 hingga 3 bulan.

* Majikan hendaklah memahami bahawa proses Permohonan Pembantu Rumah yang diuruskan oleh Khidmat Perunding kami adalah secara Permohonan Individu. Majikan hendaklah hadir sendiri di Imigresen bagi menguruskan permohonan Pembantu Rumah. Pihak Kami hanya bertindak sebagai Pemudah Cara dan memberikan khidmat nasihat dan pandangan bagaimana berurusan dengan pihak Agen Negara Sumber.

Penting !!! Pakej adalah bergantung kepada bekalan yang ditawarkan dari Agen Indonesia. Semua PRT diberi jaminan 3 bulan dari tarikh mula bekerja dengan majikan. Kategori pakej akan dimaklumkan di dalam siaran maklumat biodata PRT Muslimah. Segala jaminan adalah terus daripada agen di Indonesia (Back To Back). Majikan harus maklum bahawa bila berurusan dengan Agen Indonesia terdapat risiko gantian lambat atau tiada gantian daripada Agen Indonesia. Hal ini adalah akibat masalah berpunca daripada pihak ketiga seperti Pembantu Rumah itu sendiri yang membatalkan keinginan mereka utk datang ke Malaysia pada saat-saat akhir walaupun semua kos seperti Urusan biaya Paspot, Laporan Medikal dan termasuk Tiket Pesawat telah ditanggung sepenuhnya oleh pihak Agen. Majikan/Pelanggan harus maklum bahawa persaingan yang sengit utk mendapatkan Pembantu yang baik dan kualiti tinggi utk bekerja di Malaysia bukanlah senang didapati kerana ramai di kalangan mereka lebih bersedia bekerja di rantau Timur Tengah dan juga Hong Kong serta Taiwan kerana tawaran gaji yang diberikan lebih lumayan iaitu melebihi RM1000 sebulan. Mereka yang datang ke Malaysia majoriti terdiri dari Gred B dan C. Agen hanya bertindak sebagai konsultan dalam menguruskan pembantu rumah dan tidak mampu untuk menjangka dan menanggung sebarang liabiliti luar jangka dan risiko akibat kelemahan dan kesilapan pihak ketiga iaitu Pembantu Rumah itu sendiri.